• hotlineaduankpm
  • mesejintegriti3kpm
  • kssr
  • emelMOE
  • 1mocc

PEMBERITAHUAN

  • 1 Februari 2014

    KURSUS PEMBANGUNAN KOMPETENSI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014

    Dipelawa kepada semua guru Gred DG41 dan DG44 (sekolah rendah dan menengah) bagi mengikuti Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM Tahun 2014.  Permohonan dalam talian dibuka mulai 1 Februari 2014 menerusi laman web berikut :

    http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline

    Tarikh Tutup : 28 Februari 2014

    Surat Siaran ke semua sekolah negeri Kelantan, sila klik di sini untuk muat turun.

  • 9 Feb 2014

    LANJUTAN TEMPOH KAJIAN PELAN INDUK PERANCANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PENGURUSAN FASILITI SEKOLAH (2013 - 2025) UNTUK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    - Muat Turun Surat Lanjutan Kebenaran Pelaksanaan Kerja-Kerja Bancian sehingga 31 Mac 2014.

    -- Sila klik untuk muat turun Surat Kebenaran Pelaksanaan Kerja-kerja Bancian Ke atas Sekolah-Sekolah Di Seluruh Malaysia sehingga 31 Disember 2013.

  • 1 Februari 2014

    MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014

    Panduan acara bercerita kisah Al-Quran dan Syarahan Agama sempena Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah KPM (MTQSSKPM) 2014 untuk kegunaan peringkat dareah dan negeri.  Maklumat lengkap berkenaan peraturan MTQSSKPM boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.bpi.edu.my dalam ruangan muat turun.

  • 9 Feb 2014

    Hari Profesionalisme Pendidikan Negeri Kelantan : Pembelajaran Alaf Baharu Melalui 1Bestarinet Virtual Learning Environment (FROG VLE ) 2014 akan diadakan sebagaimana berikut :
    Tarikh :     16  Februari 2014 (Ahad) ~ Daerah Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang
                   17 Februari 2014 (Isnin) ~   Daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh

    Muat Turun :
    1. Surat panggilan
    2. Borang  Pendaftaran tuntutan perjalanan (token)
        
    –  perlu diserahkan semasa pendaftaran
    3. Atur cara program

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

Berita Terkini di JPN Kelantan

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) NEGERI KELANTAN TAHUN 2013

PENDAHULUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera, dan salam 1 Malaysia.        

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya pada pagi ini, 19 Disember 2013 bersamaan 16 Safar 1435H sekali lagi saya diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan  dalam  Majlis   Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2013. Untuk makluman semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan  terima kasih kepada semua pihak yang telah membuat persiapan untuk mengadakan majlis pada hari ini. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khusus kepada pihak media yang dapat bersama dan telah banyak memberi kerjasama dalam menghebahkan aktiviti atau program dan kejayaan yang dicapai oleh pelajar serta warga pendidik   Jabatan Pendidikan Kelantan sama ada menerusi pelbagai akhbar atau saluran media elektronik tempatan.

Untuk ucapan sepenuhnya sila klik di sini.

 

Kami mempunyai 4 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pelajaran Kelantan » Kemaskini pada 22/12/2013
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

Peperiksaan 2014

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami