Sektor Penilaian dan Peperiksaan

SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

 

Carta Organisasi

 

Objektif

 

• Mengurus dan mengendalikan semua peperiksaan berkenaan dengan adil dan saksama serta memastikan semua calon yang layak menduduki peperiksaan diberi peluang seluas-luasnya menduduki peperiksaan.

• Memastikan akta, dasar, peraturan, garis panduan dan arahan peperiksaan dipatuhi

• Memastikan proses, prosedur dan jadual kerja dipatuhi

• Memastikan data kemasukan pendaftaran calon tepat

• Memastikan proses kemasukan markah/ gred/ skor PBS dilakukan dengan tepat ke dalam sisitem aplikasi pengumpulan data

• Memastikan semua calon mendapat keputusan peperiksaan

• Memastikan peperiksaan awam berjalan lancar

• Memastikan semua pegawai dan kakitangan menjalankan tugas mereka

• Memastikan penyediaan surat-surat lantikan petugas peperiksaan

• Memastikan prosedur pengurusan kewangan dipatuhi

• Memastikan petugas peperiksaan menjalankan amanah yang di berikan dengan penuh tanggungjawab

• Memastikan pengawas peperiksaan menerima bayaran pengawasan peperiksaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan

• Memastikan semua calon peperiksaan awam menerima sijil

 

Fungsi

 

1. Pengurusan Pentadbiran Sektor Penilaian dan Peperiksaan.

♦Bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendali semua jenis peperiksaan di bawah Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.

 

2. Pendaftaran Calon- Calon Peperiksaan Bagi Semua Peringkat.

♦Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengendalian pendaftaran calon-calon peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM, MUET dan lain-lain peperiksaan.

 

3.Pendaftaran dan Penerimaan Bayaran Peperiksaan

♦Mengurus pendaftaran bayaran penerimaan peperiksaan dengan menyediakan borang-borang dan resit-resit yang berkaitan

 

4. Pelantikan Petugas Peperiksaan

♦Bertanggungjawab menyediakan surat lantikan petugas peperiksaan setelah mendapat senarai cadangan daripada PPD.

 

5. Pengurusan Calon Cicir, Calon Istimewa dan Calon Pusat Khas (Hospital, Penjara, Pusat Tahanan dll).

♦Memastikan calon-calon yang tercicir, calon istemewa dan calon pusat khas dapat diurus dengan sebaiknya supaya mereka yang berhak untuk menduduki peperiksaan dapat mengambil peperiksaan dengan sempurna.

 

6. Pengurusan Perpindahan Calon

♦Menguruskan perpindahan pusat calon sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa atau calon berkenaan

 

7. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PLBS/PBS).

♦Memastikan perjalanan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah dapat berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

8. Pengurusan Kemasukan Markah PLBS/PBS

♦Mengadakan taklimat penskoran kepada semua peringkat petaksir secara berkesan supaya proses dan pemarkahan yang diberikan dapat memenuhi kreteria yang telah ditetapkan.

 

9. Menentukan Pusat Peperiksaan

♦Sektor Penilaian dan Peperiksaan bertanggungjawab untuk menentukan pusat-pusat peperiksaan dengan mendapat kerjasama pihak sekolah dan persetujuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.

 

10. Mesyuarat Inden

♦Menghantar pegawai untuk menghadiri mesyuarat Inden yang diadakan oleh Lembaga

♦Peperiksaan Malaysia bagi mengesahkan kemasukan calon dan jumlah pusat peperiksaan bagi semua jenis peperiksaan.

 

11. Penyemakan Bekalan Soalan Peperiksaan (OBK)

♦Bertanggungjawab dalam menerima bekalan soalan dan seterusnya melaksanakan OBK

 

12. Pengurusan Peperiksaan Bertulis.

♦Mengurus dan menerima bahan / alat tulis serta memastikan peperiksaan bertulis dapat berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa cacat.

 

13. Pengurusan Pengeluaran Keputusan Peperiksaan

♦Bertanggungjawab untuk membuat analisis setiap keputusan peperiksaan dan memastikan semua sekolah menerima keputusan peperiksaan dan diedarkan kepada calon masing-masing

 

14. Menguruskan Kes Rayuan Semak Semula atau Kes ‘T'

♦Membantu pihak sekolah dalam mengurus kes rayuan dan kes semak semula keputusan peperiksaan.

 

15. Mengurus Kes Kehilangan atau Kerosakan Slip Peperiksaan.

♦Bertanggungjawab menyediakan borang-borang yang berkaitan untuk diisi oleh pelajar yang kehilangan atau kerosakan slip peperiksaan.

 

16. Penyimpanan Bahan dan Dokumen

♦Memastikan setiap dokumen dan bahan-bahan dapat disimpan dengan selamat.

 

Peperiksaan yang dikendalikan :-

UPSR
STAM
PMR
MUET
SPM
ABRSM
STPM
ACCA
SPM (U)


Terakhir Dikemaskini (Selasa, 10 Januari 2012 01:57)

Kami mempunyai 8 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pelajaran Kelantan » Kemaskini pada 22/12/2013
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

Peperiksaan 2014

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami