Berita Ringkas

  • Tahniah kepada En. Asogan a/l Saniasy yang  telah dilantik sebagai

    Guru Besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kubu . Beliau

    mengantikan En  Aloysius Xaviar  A/l Arokianathan yang  bersara wajib .

    Beliau telah  berada di Unit Bahasa Jabatan Pelajaran Melaka   dan

    memegang jawatan sebagai Penyelia Kanan Bahasa Tamil .

    Warga Jabatan Pelajaran Melaka mengucapkan

    Tahniah di atas perlantikan beliau

  • Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

    Sukacita dimaklumkan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM sedang menjalankan semakan bagi keperluan peralatan di makmal Sains sekolah-sekolah seluruh negara bagi persediaan kepada pelaksanaan ujian amali Sains pada tahun 2015 di bawah Dasar 60:40 / STEM. Sehubungan dengan itu setiap sekolah menengah yang mempunyai aliran Sains Tulen dikehendaki melengkapkan template yang telah disediakan dan emelkan kepada mailtrg64@gmail pada kadar segera sebelum atau selewat-lewatnya pada 12 MAC 2014 (Rabu). Pihak sekolah diminta mengambil CD yang mengandungi template tersebut di pigeon hole sekolah masing-masing di PPD setiap daerah.

  • Assalammualaikum wbh,

    Pihak sekolah diminta melengkapkan  maklumat guru bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi Tahun 2014, seperti ditunjukkan dalam Lampiran 1. (Sila faks Lampiran 1 ke nombor 06-2329553 sebelum atau pada 10/01/2014). Maklumat ini perlu dihantar oleh JPN kepada KPM dengan kadar segera.  Segala pertanyaan sila hubungi En.Ismail bin Ali - Unit Sains JPN ditalian 06-2327668/013-6275771.

  • Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains Dan Matematik 2013 (SKASM2013).  Seminar akan diadakan pada Selasa dan Rabu (29-30 Oktober 2013), bertempat di Perpustakaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, bermula jam 8.00pagi hingga 5.00petang.  Mereka yang berminat sebagai pembentang kertas kerja atau peserta seminar, sila layari laman web: http://fstpi.uthm.edu.my/skasm2013 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai seminar.

  • Sukacita dimaklumkan bahawa BPSH KPM tiada halangan kepada guru-guru Sains dan Matematik untuk menyertai CoSMEd 2013 anjuran pihak SEAMEO RECSAM pada 11 - 14 November 2013.  Segala kos bagi menyertai persidangan ini adalah di bawah tanggungan guru-guru sendiri.  Maklumat terkini dan terperinci boleh diperolehi daripada laman sesawang CoSMEd (www.recsam.edu.my/cosmed).

  • JEMPUTAN MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA DAN
    MENYERTAI KONVENSYEN KEBANGSAAN PENDIDIKAN GURU
    2013 

    Perhatian kepada semua pegawai/guru terutamanya
    pengetua cemerlang
    dan guru cemerlang amat dialu-alukan

              Maklumat lanjut sila hubungi urus setia KKPG 2013
            
    di talian 03-88841146/2266

  • ANUGERAH PENDIDIKAN SAINS TORAY 2013
    Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) akan menganjurkan acara ini sekali lagi bagi tahun 2013.  Anugerah ini telah dimulakan pada tahun 1994 dan diberikan khas kepada pensyarah, pegawai dan guru yang terlibat dengan pendidikan Sains.  Pertimbangan diberikan kepada inovasi pendidikan sains seperti teknik pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar yang inovatif dan berkesan di samping aplikasi pendidikan Sains yang dapat membantu penyampaian ilmu Sains dengan lebih menarik dan berkesan.  Keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai Anugerah ini boleh dirujuk terus kepada :
    Malaysia Toray Science Foundation (MTSF), c/o Toray Malaysia Group /
    Penfabric Sdn. Bhd., Blok B, Prai Free Industrial Zone 1, 13600 Prai,
    Pulau Pinang
    .
    Tel : 04-3908157/ 04-3854151 dan faks: 04-3908260

  •         PPPM 2013-2025

     

  • Sila Klik untuk Pencalonan Guru 

    Bagi Kursus KSSR & PBS Tahun 4

                           

Ketua Sektor Akademik


En Ahmad Kamal b Ramtan

RizVN Login



Mulakan Dengan Hadith

Hadith 37
Daripada lbnu 'Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:

Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja. Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadith ini).

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Kajian Kes

Perkara berikut adalah perbezaan antara KSSR dan KBSR. Yang manakah satukah diantara perkara berikut sukar untuk difahami?
 

Siapa Di Talian

We have 3 guests online