KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM SAINS TULEN BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI, FIZIK DAN KIMIA TAHUN 2013 PDF Print E-mail
Written by Surayati Binti zainal   
Monday, 22 April 2013 00:00

KEPADA SEMUA PENGETUA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA,

Untuk makluman tuan/puan , Sektor Sains dan Matematik Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjalankan soal selidik bagi kajian Pelaksanaan Kurikulum Sains Tulen kepada semua guru yang mengajar mata Pelajaran Biologi, Fizik dan Kimia Tingkatan 4 dan 5.

Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta mentadbirkan instrumen kajian tersebut dan mengunci masuk data kajian ke dalam Templat Excel. Tuan/Puan diminta mengarahkan Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Dan Matematik sekolah bagi mentadbirkan instrumen kajian pelaksanaan kurikulum sains tulen BPK 2013.

Pihak sekolah diminta mentadbirkan instrumen kepada semua guru mata pelajaran Kimia, Fizik dan Biologi yang mengajar Tingkatan 4 dan 5. Setiap guru tersebut juga perlu memilih 3 orang murid Tingkatan 5 sahaja untuk menjawab item instrumen soal selidik murid. Murid yang disoal selidik haruslah murid Tingkatan 5 yang pernah diajar oleh guru-guru yang disoal selidik. Pemilihan murid haruslah secara rawak yang terdiri daripada pelbagai pencapaian. Contohnya sekiranya seorang guru Fizik mengisi soal selidik, maka 3 orang murid Tingkatan 5 yang pernah diajar oleh guru tersebut semasa Tingkatan 4 pada tahun 2012 akan mengisi soal selidik (nisbah 1:3). Begitu juga dengan mata pelajaran Kimia dan Biologi.

Setelah selesai menjawab soal selidik tersebut pihak GKMP perlu mengunci masuk semua data - data kajian ke dalam Templat Excel yang dilampirkan dan diserahkan kepada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sains dan Matematik bagi daerah masing-masing pada atau sebelum 8 Mei 2013 untuk digabungkan.

Dilampirkan (attached file) untuk dimuat turun :

A. Lampiran 1 : Manual Mentadbirkan Instrumen

B. 1. Instrumen Soal Selidik Guru 2. Instrumen Soal Selidik Murid dan 3. Templat Excel

Pihak JPN akan menerima semua data dari setiap PPD yang telah digabungkan dalam bentuk EXCEL untuk merged dan dihantar kepada pihak BPK.

Segala pertanyaan sila hubungi En. Ismail bin Ali –Penolong Pengarah Unit Sains Jabatan Pelajaran Melaka di talian 06-2327668 /013-6275771.

Sekian.

Last Updated on Monday, 22 April 2013 04:25
 
RizVN Login