Pengumuman

Hebahan: Pelaksanaan Penggunaan Perkhidmatan myUSSD *158# Bagi Projek myGov Mobile

Salam 1Malaysia,
myUSSD *158# merupakan perkhidmatan interaktif berasaskan menu yang disediakan melalui telefon mudah alih.

Antara perkhidmatan agensi Kerajaan yang disediakan melalui my USSD *158# adalah seperti di Lampiran A. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna adalah sebanyak RM0.35 bagi satu sesi (caj untuk sesi 2 minit + 2 minit).

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat edaran dan lampiran yang disertakan bersama dan juga layari www.malaysia.gov.my atau www.mymobile.gov.my.

Sekian, terima kasih.

 

Nombor Fail Peribadi Peringkat Ibu Pejabat

Semua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Semua Pengetua SMK, SM, SMKA, SMT, SMV, SMS Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Guru Besar SK, SRK, SJK(C)   Kerjasama tuan/puan adalah dipohon bagi memastikan setiap anggota di Pejabat / Sekolah tuan/puan telah mempunyai Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat. Nombor Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat bermula dengan JP(SB)/………   Jika masih ada anggota tuan/puan yang belum mempunyai nombor Fail Peribadi tersebut, sila arahkan anggota tersebut mengemukakan satu salinan Borang Maklumat Diri berserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki ke Unit Perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada   ENCIK DAHLAN BIN MOHD.YASIN NO.TEL : 088-513443   Unit Perkhidmatan SKPP, JPN Sabah

01
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu PDF Cetak E-mail

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA MARUDU
Lot 3, Taman WTK Fasa II
, Peti Surat 297,

89108 Kota Marudu, Sabah.

No.Tel : 088 - 661 178/661/205
No.Faks : 088 - 662 582
emel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

alt Pegawai Pendidikan Daerah : En. Jidin Janaun
Emel : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Carta Organisasi
alt
Visi dan Misi
Objektif

VISI

"PPD Kota Marudu Gemilang Menjelang 2016"

MISI

"Warga Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu Sepakat Untuk Memastikan Semua Urusan Berkaitan Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan/Ikhtisas Dengan Berkualiti."


MOTTO

"PPD KOTA MARUDU BEYOND THINKING"


Objektif
  • Menggembleng tenaga semua staf secara optimum dalam proses pengurusan dan pentadbiran bagi mewujudkan situasi pengurusan dan pentadbiran yang berkesan kepada semua pelanggan;
  • Menjadikan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu sebagai sebuah PPD Gemilang Menjelang 2016;
  • Mengamalkan semangat kekitaan dan perkongsian maklumat di kalangan pelajar, guru, ibubapa, komuniti,agensi kerajaan,swasta dan staf demi kesejahteraan bersama;
  • Membasmi kemiskinan melalui pendidikan; dan
  • Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Piagam Pelanggan
Fungsi
  • Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan;
  • Memastikan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga (3) minggu setelah menerima senarai guru maktab dan universiti dari Kementerian Pelajaran. Semua permohonan pertukaran dalam musim akan diproses mengikut takwim kerja permohonan diluar musim akan diurus dalam masa satu minggu dari tarikh penerimaan borang;
  • Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah. Semua permohonan diproses oleh JPN di dalam tempoh dua minggu hingga satu bulan dari borang diterima;
  • Mengurus menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personal dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan;
  • Memastikan kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar/Penolong kanan diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlaku kekosongan;
  • Memastikan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh terima;
  • Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran;
  • Memastikan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sentiasa memberi layanan dari perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh lima minit. Segala surat aduan dan rayuan kepada dan menerusi Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima; dan
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
  • Wakil Jabatan Pelajaran Negeri di peringkat Daerah.
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan fizikal, sosial, kemanusiaan dan kerohanian di peringkat daerah.
  • Merancang dan melaksanakan program ikhtisas bagi meningkatkan kecekapan staf.
  • Mengendali, mengurus dan mengawal keperluan kewangan dan perbelanjaan tahunan bagi sekolah-sekolah.
  • Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah.
  • Mengawal disiplin, tatatertib dan etika kerja Ketua Unit, Penyelia, Pengetua, Guru Besar, Guru-guru dan Kakitangan Bukan Mengajar.
  • Mengurus dan mentadbir perkhidmatan dan kebajikan Guru-guru dan kakitangan Bukan Mengajar.