Pengumuman

Hebahan: Pelaksanaan Penggunaan Perkhidmatan myUSSD *158# Bagi Projek myGov Mobile

Salam 1Malaysia,
myUSSD *158# merupakan perkhidmatan interaktif berasaskan menu yang disediakan melalui telefon mudah alih.

Antara perkhidmatan agensi Kerajaan yang disediakan melalui my USSD *158# adalah seperti di Lampiran A. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna adalah sebanyak RM0.35 bagi satu sesi (caj untuk sesi 2 minit + 2 minit).

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat edaran dan lampiran yang disertakan bersama dan juga layari www.malaysia.gov.my atau www.mymobile.gov.my.

Sekian, terima kasih.

 

Nombor Fail Peribadi Peringkat Ibu Pejabat

Semua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Semua Pengetua SMK, SM, SMKA, SMT, SMV, SMS Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Guru Besar SK, SRK, SJK(C)   Kerjasama tuan/puan adalah dipohon bagi memastikan setiap anggota di Pejabat / Sekolah tuan/puan telah mempunyai Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat. Nombor Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat bermula dengan JP(SB)/………   Jika masih ada anggota tuan/puan yang belum mempunyai nombor Fail Peribadi tersebut, sila arahkan anggota tersebut mengemukakan satu salinan Borang Maklumat Diri berserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki ke Unit Perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada   ENCIK DAHLAN BIN MOHD.YASIN NO.TEL : 088-513443   Unit Perkhidmatan SKPP, JPN Sabah

01
Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Ke Asrama Sekolah-Sekolah PDF Cetak E-mail
Khamis, 10 Februari 2011 17:22

Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang Bekalan / Perkhidmatan di bawah Kepala dan Sub-Kepala 080501 (Makanan Bermasak Islam) yang masih sah dan berkuatkuasa.

Taklimat Tender
Tarikh :   12 Februari 2011 ( Sabtu )
Masa   :   9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan  Maktab Sabah, Kota Kinabalu
PERINGATAN   :
Kehadiran Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN dan hanya petender yang menghadiri taklimat tender sahaja dibenarkan membeli satu Dokumen Tender bagi satu tawaran. Lawatan tapak adalah DIGALAKKAN
 
Penjualan Dokumen Tender

Tarikh :           14 Februari 2011 hingga 07 Mac 2011
Masa  :           8.15 pagi hingga 11.00 pagi
                      2.00 petang hingga 3.00 petang
Tempat:          Kaunter Unit Pembangunan,
                      Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
                      Tingkat 7, Rumah Persekutuan,
                      Jalan Mat Salleh
                      88604 Kota Kinabalu

Muat Turun Iklan