Pengumuman

Hebahan: Pelaksanaan Penggunaan Perkhidmatan myUSSD *158# Bagi Projek myGov Mobile

Salam 1Malaysia,
myUSSD *158# merupakan perkhidmatan interaktif berasaskan menu yang disediakan melalui telefon mudah alih.

Antara perkhidmatan agensi Kerajaan yang disediakan melalui my USSD *158# adalah seperti di Lampiran A. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna adalah sebanyak RM0.35 bagi satu sesi (caj untuk sesi 2 minit + 2 minit).

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat edaran dan lampiran yang disertakan bersama dan juga layari www.malaysia.gov.my atau www.mymobile.gov.my.

Sekian, terima kasih.

 

Nombor Fail Peribadi Peringkat Ibu Pejabat

Semua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Semua Pengetua SMK, SM, SMKA, SMT, SMV, SMS Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Guru Besar SK, SRK, SJK(C)   Kerjasama tuan/puan adalah dipohon bagi memastikan setiap anggota di Pejabat / Sekolah tuan/puan telah mempunyai Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat. Nombor Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat bermula dengan JP(SB)/………   Jika masih ada anggota tuan/puan yang belum mempunyai nombor Fail Peribadi tersebut, sila arahkan anggota tersebut mengemukakan satu salinan Borang Maklumat Diri berserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki ke Unit Perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada   ENCIK DAHLAN BIN MOHD.YASIN NO.TEL : 088-513443   Unit Perkhidmatan SKPP, JPN Sabah

01
Pejabat Pelajaran Daerah Semporna PDF Cetak E-mail

 alt
 

 

Carta Organisasi

alt



 
Visi dan Misi
Objektif

alt

 
  • Menggalakkan kepimpinan yang berkesan berasaskan kepada kemanusiaan.
  • Membentuk sikap dan fikiran yang positif di kalangan Guru warga pendidik di daerah Semporna.
  • Memberi bimbingan ikhtisas di kalangan guru.
  • Menggalakkan kegiatan kokurikulum dengan penekanan kepada penyertaan yang menyeluruh.
  • Memperkasakan perlaksanaan pendidikan Agama Islam dan Moral.
  •  Menggalakkan pembentukan budaya sekolah yang ceria dan kondusif.
  • Melaksanakan tugas dengan cepat, cekap dan tepat.
  • Menyelia seberapa kerap dengan pendekatan membantu dan membimbing.
     

 

alt