Pengumuman

Hebahan: Pelaksanaan Penggunaan Perkhidmatan myUSSD *158# Bagi Projek myGov Mobile

Salam 1Malaysia,
myUSSD *158# merupakan perkhidmatan interaktif berasaskan menu yang disediakan melalui telefon mudah alih.

Antara perkhidmatan agensi Kerajaan yang disediakan melalui my USSD *158# adalah seperti di Lampiran A. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna adalah sebanyak RM0.35 bagi satu sesi (caj untuk sesi 2 minit + 2 minit).

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat edaran dan lampiran yang disertakan bersama dan juga layari www.malaysia.gov.my atau www.mymobile.gov.my.

Sekian, terima kasih.

 

Nombor Fail Peribadi Peringkat Ibu Pejabat

Semua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Semua Pengetua SMK, SM, SMKA, SMT, SMV, SMS Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Guru Besar SK, SRK, SJK(C)   Kerjasama tuan/puan adalah dipohon bagi memastikan setiap anggota di Pejabat / Sekolah tuan/puan telah mempunyai Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat. Nombor Fail Peribadi di peringkat Ibu Pejabat bermula dengan JP(SB)/………   Jika masih ada anggota tuan/puan yang belum mempunyai nombor Fail Peribadi tersebut, sila arahkan anggota tersebut mengemukakan satu salinan Borang Maklumat Diri berserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki ke Unit Perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. Sebarang kemusykilan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada   ENCIK DAHLAN BIN MOHD.YASIN NO.TEL : 088-513443   Unit Perkhidmatan SKPP, JPN Sabah

01
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh ABD AZIZ ABDULLAH   
Jumaat, 20 Mac 2009 14:32
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Peti Surat 499,
91007 Tawau, Sabah.
Pejabat Am : 089-778102 No. Faks : 089-763446
Emel : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
portal : http://www.ppdtawau.com/utama


 

Pegawai Pendidikan Daerah Tawau :
Encik Darman Shah Bin Hj Asakil
DG54


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau :
Tuan Hj Abdul Hadi Bin Abdul Karim
DG48
(16 Mei 2013)
 
Pengurus Portal :
Abd Aziz Abdullah
DG41

LATAR BELAKANG
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU (1964-2009)
 
Zaman pemerintahan penjajahan British, Pejabat Pendidikan Bahagian Tawau belum wujud lagi. Semua pengurusan dan pentadbiran pendidikan diuruskan dibawah kuasa pejabat Pelajaran Bahagian Sandakan. Selepas Sabah mencapai kemerdekaaan, Pejabat Pelajaran Bahagian Tawau telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1964 di Pejabat Tanah dan Ukur, Tawau. Pegawai Pendidikan Bahagian Tawau yang pertama ialah Mr. D. A Price berbangsa Inggeris dan beliau merupakan mantan Pengetua Maktab Perguruan Kent, Tuaran. Kemudian Pejabat Pendidikan Bahagian Tawau dipindahkan ke Bangunan Hospital Tawau di mana 5 orang pegawai sahaja yang bertugas pada ketika itu. Selepas itu pejabat pendidikan dipindahkan ke bangunan Bandar Sabindo dan Datuk Amir Bek Husain adalah pegawai yang berkhidmat pada masa itu. Beliau berkhidmat sebagai pegawai pelajaran dari tahun 1978 hingga 1989. Seterusnya pejabat pendidikan berpindah ke Wisma Persekutuan Tawau sehingga sekarang. Dalam struktur gabungan, Pejabat Pelajaran Gabungan Tawau terdiri daripada dua daerah iaitu Tawau dan Semporna. Pada tahun 2009 Pejabat Pelajaran Gabungan Tawau sekali lagi berubah dan dapat berdiri sendiri dengan nama Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.Sekarang dipanggil Pejabat PENDIDIKAN Daerah Tawau.

alt

 

 



VISI


MEMPERKASA KECEMERLANGAN MODAL INSAN MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

 

MISI
 
                                                    1. Memantapkan Pengurusan Pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah.

                                                    2. Memantapkan Pengurusan Kurikulum dan Meningkatkan Kualiti Pencapaian
Akademik.

                                                    3. Memantapkan dan Meningkatkan Kualiti Pengurusan dan Pencapaian Kokurikulum.

                                                    4. Memantapkan Kualiti Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendidikan
Daerah Tawau.

 

 


 

SLOGAN
 
"SATU MALAYSIA, MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN."

 

MOTO
 

~ SENTIASA DIHADAPAN ~

 

 


 

OBJEKTIF

Pejabat Pendidikan Daerah Tawau


1. Melaksanakan semua dasar dan program Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan dan pelaksanaan Kurikulum dan Kokurikulum.

3. Memantapkan pengurusan organisasi.


4. Ketelusan dalam pengurusan sumber.

5. Mendapat pencapaian yang cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM.

 



PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU

 

 

 

Kami warga Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga serta usaha kami untuk mempastikan ;

 

1.Sistem pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau akan memenuhi kehendak pelanggan selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020.

2.Semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan.

3.Semua guru yang telah ditetapkan bertugas di sekolah masing-masing dalam gabungan hadir bertugas pada hari

persekolahan.

 

4.Setiap tawaran kursus yang ditawarkan melalui pejabat ini akan diambil tindakan segera sebaik sahaja diterima di pejabat

ini.

 

5.Kami bersedia menerima pandangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi

perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan diperingkat gabungan khususnya dan negara amnya.

 

6.Setiap kekosongan jawatan penting di pejabat dan sekolah akan diambil perhatian dan tindakan segera

untuk dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Sabah dalam tempoh seminggu selepas mendapat maklumat.

 

7.Semua tuntutan dan pembayaran am akan diproses untuk dikemukakan ke Jabatan Akauntan Negeri, cawangan Tawau

dalam tempoh 10 hari berkerja dari tarikh penerimaannya.

 

8.Semua masalah penyelangaraan bangunan diambil perhatian dan tindakan susulan dalam tempoh 14 hari bekerja dari

tarikh penerimaannya.

 

9.Setiap sekolah dalam daerah Tawau akan diselia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan laporan akan diperolehi

dalam 14 hari berkerja selepas tarikh lawatan.

 

10.Semua permohonan pertukaran yang dikemukakan akan diproses dan diambil tindakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh

penerimaannya.

 

 

 

 


alt
CERTIFIED TO ISO 9001:2008, CERT N0: AR 4166

Unit Pembangunan Kemanusiaan: 089-762282; Faks: 089-764664; Unit Kewangan: 089-770116;
Faks: 089-776476;
Unit Pendidikan Islam: 089-779107; Unit Pengurusan Sekolah:089-755121;
Faks: 089-755120; Unit Pra-sekolah: 089-779126;
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
089-762069;
Unit Penilaian dan Peperiksaan: 089-778104; Unit Pembangunan dan Bekalan:
089-770117; Unit Psikologi dan Kaunseling: 089-760118; Unit Pengurusan Akademik:
089-779105, 089-777106, 089-770108, 089-779109;
Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan: 089-755777