PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUBOK ANTU

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUBOK ANTU

Gambar PPD

BABA AK MINGGU
Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pejabat Pendidikan Lubok Antu,
95900 Lubok Antu

No. Tel. PPD: 083-584160
No.Telefon Am: 083-584161
No.Faks: 083-584635

PETA LOKASI

PPLA  

BAHAGIAN HADAPAN PPD LUBOK ANTU

bahagian_depan_ppdla

 

Aktiviti PPD :

Satu program Lawatan Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu bersama rombongan dari setiap unit di PPD lubok Antu ke SK Ulu Lemanak dan SK Nanga Menyebat telah dijalankan pada 12 hingga 13 April 2012. Lawatan ini bertujuan untuk bertemu dengan warga pendidik dan pemantau P&P yang dijalankan.

CARTA ORGANISASI PPD LUBOK ANTU 2013

CARTA ORGANISASI

LAPORAN AKTIVITI : BENGKEL BASELINE DAN SASARAN SEKOLAH DI DAERAH LUBOK ANTU - DASHBOARD 2013

Pada 4 Mac 2013, satu bengkel berkenaan dengan Baseline Dan Sasaran Sekolah Di Daerah Lubok Antu bagi Dashboard 2013 di telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Lubok Antu. Seramai 32 orang Penolong Kanan Pentadbiran dan 7 orang pegawai dari Unit Pengurusan Akademik terlibat dalam bengkel ini.

MAJLIS PELANCARAN PUSAT PEMBANGUNAN BOLA SEPAK DAERAH LUBOK ANTU 2013

Pada 6 Mac 2013, Majlis Pelancaran Pusat Pembangunan Bola Sepak Daerah Lubok Antu di adakan di SK Melaban, Lubok Antu. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Lucas Kallang, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak. Sempena majlis ini, satu program Pembangunan Bola Sepak Daerah Lubok Antu diadakan. Seramai 2 orang jurulatih dari MSN Sarawak, seorang jurulatih dari ISN Sarawak, guru pengiring dan 25 orang murid dari 5 buah sekolah iaitu SK Nanga Kesit, SK Kem Skrang, SK Batang Ai, SK Melaban dan SK Lubok Antu terlibat di dalam program ini. Program ini berakhir pada 7 Mac 2013.

Gambar Sepanjang Aktiviti Pembangunan Bola Sepak Daerak Lubok Antu

PEMBANGUNAN_BOLASEPAK_2013  

AKTIVITI MINGGU KECERGASAN PPD LUBOK ANTU 2013

gambar minggu kecergasan Lubok antu 2013

 MESYUARAT JK KURSUS KAYAK BINTANG 1 DAN BINTANG 2 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

26 Julai 2013 - Bilik Mesyuarat PPD Lubok Antu telah diadakan satu Mesyuarat JK Kursus Kayak Bintang 1 Dan Bintang 2. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD, Ketua Unit Pusat KK, Ketua Unit KK JPN Sarawak, Semua penyelia PPD Lubok Antu,Guru Besar SK Skarok dan SK Ng Delok serta agensi luar termasuk IPD Lubok Antu, SESCO dan Jabatan Perhutanan Sarawak.

MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR SIRI 2 TAHUN 2013

31 Julai 2013 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Bersama Pengetua Dan Guru Besar Siri 2 Tahun 2013 sedang dijalankan di Bilik Mesyuarat PPD Lubok Antu. Mesyuarat ini melibatkan PPD sebagai pengerusi, Penolong PPD, semua penyelia, semua penolong penyelia, FasiLINUS, Pengetua dan semua Guru Besar di Daerah Lubok Antu. Mesyuarat ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2013.

Gambar aktiviti mesyuarat:

MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA PENGETUA DAN GB SIRI 2 2013

   
© Sarawak Education Department 2014