PEJABAT PENDIDIKANDAERAH MIRI

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MIRI

noranirosnani


NORANI @ ROSNANI BT. HJ. UNUS
Pegawai Pendidikan Daerah Miri
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pejabat Pendidikan Daerah Miri,Tingkat 2,
Wisma Persekutuan, Jalan Kipas, 98000 Miri
No.Telefon Am: 085-419085
No.Faks: 085-414340

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

SLOGAN

“Sentiasa Unggul Dan Berwibawa”

MATLAMAT

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu
  • Melahirkan insan yang beriman, beraklak mulia, berilmu, berterampilan dan sejhtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

 

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH MIRI

Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara;
  • Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
  • Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya;
  • Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggah, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan;
  • Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana;
  • Menyediakn staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif;
  • Menyediakan kemudahan –kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tetentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang;
  • Memastikan Kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendakdan keperluan-keperluan pelanggan – murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan; dan
  • Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

 

 

 

 

OBJEKTIF PEJABAT PELAJARAN DAERAH MIRI

AM

 

  • Budaya prihatin dan penyayang serta menghargai diperingkat dan dimantapkan supaya bukan saja dapat dilihat tetapi juga dirasa oleh majority staf.
  • Semangat kerjasama dan kekitaan meningkat dan menjadi budaya kerja.
  • Perhubungan yang harmonis antara Pejabat Pelajaran Daerah dengan agensi-agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan, Badan Berkanun dan sector swasta dapat dipertingkatkan.
  • Perhubungan antara Pejabat Pelajaran Daerah dengan masyarakat awam (contohnya Persatuan dan Pertubuhan tertentu ) lebih akrab.
  • Penglibatan masyarakat dalam aktiviti Pejabat dapat ditingkatkan.

 

 

PENGURUSAN

 

  • Pengurusan, perancangan serta pengawalan perbelanjaan dilaksanakan dengan lebih berhemat dan berkesan.
  • Pelbagai projek pembangunan fizikal termasuk kemudahan asas akademik dan infrastruktur pendidikan dirancang dan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.
  • Sistem penempatan dan pertukaran pelajar dijalankan dengan lebih mantap dan prosesnya tidak memakan masa yang terlalu panjang.
  • System mengurus pelabgai kemudahan kebajikan pelajar seperti melaksanakan program RMT, bantuan pakaian seragam, penempatan di asrama dan permohonan biasiswa dapat dipertingkatkan supaya lebih berkesan dan tidak memakan masa yang terlalu panjang.

 

 

KAKITANGAN

 

  • Semua pegawai professional dan bukan professional berpeluang mengikuti kursus / Latihan Dalam Perkhidmatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
  • Sebilangan guru sekolah dan pegawai professional di pejabat mendapat pendedahan serta memahami asas-asas penyelidikan dan sekurang-kurangnya berupaya untuk menjalankan kajian tindakan di sekolah.
  • Kakitangan Pejabat berpeluang melibatkan diri dalam perbincangan / bertukar-tukar fikiran dan membuat keputusan tentang perkara-perkara penting di Pejabat seperti hal-hal mengenai kurikulum, kokurikulum, disiplin, kebajikan pelajar serta guru dan hal-hal berkaitan dengan pengurusan keseluruhannya yang melibatkan Pejabat.
  • Kesedaran di kalangan guru akan pentingnya teknologi kea rah pengajaran dan pembelajaran bestari dan sekolah bestari dipertingkatkan.
  • Tahap literasi computer di kalangan kakitangan dipertingkatkan.

 

 

PELAJAR

 

  • Mencapai prestasi akademik untuk mengatasi peringkat Kebangsaan bagi semua mata pelajaran dan dalam semua penilaian dan peperiksaan awam dan khususnya dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
  • Pada akhir tahap satu, semua pelajar sekurang-kurangnya dapat menguasai kemahiran asas 3M.
  • Lebih ramai pelajar meminati mata pelajaran Sains dan Matematik.
  • Kemahiran dan prestasi pelajar dalam bidang olahraga dan permainan dapat dipertingkatkan sehingga lebih ramai dapat menyertai pertandingan di peringkat Negeri dan Kebangsaan.
  • Peluang / kerja sekolah yang boleh mengembangkan potensi dan bakat kepimpinan serta semangat kerjasama / musyawarah di kalangan pelajar dapat dipertingkatkan.
  • Pelajar menunjukkan kewibawaan, kematangan serta keyakinan diri yang tinggi serta berdikari, berfikiran kreatif, logik dan seterusnya menghayati serta mengamalkan nilai-nilai murni.
  • Tahap disiplin pelajar pada keseluruhannya dapat dipertingkatkan dan penglibatan mereka dalam gejala social dapat dikurangkan.
  • Tahap literasi computer di kalangan pelajar dapat di pertingkatkan.

 

 

 

 

   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014