Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

 

KAMI WARGA
JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK, DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK MEMASTIKAN

1.

Kanak-kanak warganegara Malaysia mengikut kohort umur didaftarkan dan mendapat tempat belajar dalam tahun persekolahan semasa.

 
2.

Pengurusan hal ehwal murid diurus mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

 
3.

Semua permohonan kemasukan murid berkeperluan khas yang lengkap diberi kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja.

 
4.

Semua guru ditempatkan ke sekolah tidak lewat dari 14 hari bekerja setelah menerima bekalan senarai nama guru dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

 
 
5.

Semua borang permohonan pertukaran guru sekolah secara "online" (talian eG-Tukar) diproses 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat penempatan pertukaran ke sekolah (pertukaran dalam negeri).

 
 
6.

Semua hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan kakitangan diurus dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

 
7.

Semua tuntutan kewangan yang lengkap diproses dalam 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.

 
8.

Mengurus Peperiksaan Awam berdasarkan kepada kurikulum kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

9.

Penyerahan sijil peperiksaan awam dalam tempoh 21 hari bekerja setelah menerima sijil dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

 
10.

Semua penyelenggaraan dan penambahbaikan peralatan ICT diurus dalam tempoh 30 hari bekerja dari tempoh aduan diterima bagi memastikan penggunaan kemudahan dan peralatan ICT secara optimum.

 
 
11.

Semua institusi pendidikan, pengelola, guru dan Persatuan Ibu Bapa-Guru didaftar mengikut prosedur dan peraturan dalam Akta Pendidikan 1996.

 
12.

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling akan diberi kepada warga kerja mengikut jadual yang telah dipersetujui.

 
13.

Semua aduan pelanggan diberi Akuan Terima dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

 
14.

Semua aduan pelanggan yang berasas diambil tindakan dan diuruskan dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.

 
15. Semua pelanggan akan diberi perkhidmatan yang mesra dan cekap.

 

   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014