Home Sistem Pengurusan Pendaftaran Murid (SPPM)
Malay

Sistem Pengurusan Pendaftaran Murid (SPPM)

There are no translations available.

Laman Web SPPM


Tahun 1
Prasekolah
Pendaftaran
1 Mac - 30 Apr 2012
1 Mac - 31 Ogos 2012
Keputusan Penempatan
1 Jun 2012
18 Sept. 2012
Rayuan
1 Jun - 30 Jun 2012
-
Keputusan Rayuan
15 Julai 2012
-
Pendaftaran
29 Disember 2012
29 Disember 2012

Sistem tersebut boleh diakses melalui alamat berikut apps.moe.gov.my/sppm

 

PENGENALAN SISTEM

Melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Pendaftaran Murid Putrajaya (SPPM) operasi Permohonan dan Penempatan Murid Tahun Satu Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya dilaksanakan melalui aplikasi atas talian (online).


Ibu bapa atau penjaga boleh membuat Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun Satu  melalui komputer yang mempunyai akses internet. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan pertolongan pihak sekolah di pohon sekiranya tidak mempunyai kemudahan tersebut. Pihak  sekolah perlu menyemak dan mengesahkan permohonan tersebut berdasarkan semakan ke atas beberapa dokumen asal yang perlu dikemukakan. Data dan rumusan pendaftaran murid akan dihantar ke Pejabat Pelajaran Putrajaya melalui aplikasi ini.


Jawatankuasa Penempatan Murid di Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bersidang bagi melaksanakan penempatan murid dan keputusan penempatan tersebut boleh disemak oleh sekolah dan ibu bapa atau penjaga secara online. Sekiranya ada keperluan rayuan penempatan, sistem ini juga menyediakan kemudahan rayuan dan menyediakan jawapan terhadap rayuan mengikut mengikut jadual dan peringkat proses yang berkaitan.


Keperluan sistem ini ialah untuk:-

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan penempatan murid di  sekolah dan PPWP Putrajaya.
  • Menjimatkan masa pengurusan penempatan murid.
  • Mengurangkan kos seperti penggunaan  kertas, sampul surat, setem, dakwat pencetak dan lain-lain yang berkaitan.
  • Mengelakkan kebajiran pelanggan ke PPWP Putrajaya untuk membuat rayuan dan menyemak keputusan penempatan.
  • Memudahkan carian dan semakan status permohonan penempatan, carian rekod murid dan rumusan penempatan di peringkat sekolah dan Jabatan.

MODUL DALAM APLIKASI SPPM

NAMA MODUL

KETERANGAN RINGKAS

CATATAN

Permohonan Murid

Membolehkan permohonan dibuat secara on-line oleh ibu/bapa penjaga dan sekolah

  • Pemohon dikehendaki mencetak maklumat permohonan serta senarai semak dokumen yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan

Penjaga boleh membuat semakan status  permohonan secara online.

Ibu/bapa Penjaga
Sekolah Rendah

Pengesahan Permohonan

  • Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pengesahan di sekolah yang dipohon dengan membawa dokumen sokongan berkaitan  seperti terkandung dalam senarai semakan.
  • Sekolah akan menyemak dokumen dan membuat perakuan permohonan pendaftaran
  • Cetakan dokumen Perakuan Permohonan Pendaftaran Tahun 1 untuk salinan penjaga dan salinan sekolah.
  • Proses perakuan permohonan Sesi Persekolahan 2012 perlu diselesaikan sehingga 30 April 2011 oleh pihak sekolah.

Mencetak Analisis – Analisis permohonan pendaftaran murid- yang telah disahkan oleh pihak sekolah di hantar ke JPN Putrajaya
Sistem akan mengesan permohonan yang tidak disahkan oleh sekolah

Ibu/bapa Penjaga

Sekolah Rendah

Penempatan

Sistem akan mencadangkan cadangan penempatan berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:-

  • Cadangan Sekolah
  • Jarak rumah pemohon ke sekolah
  • Kehadiran abang/kakak di sekolah tersebut

Jawatan kuasa penempatan murid JPN Putrajaya akan memutuskan mengesahkan penempatan murid.
Memaklumkan kepada sekolah keputusan dan senarai penempatan
Ibu bapa / penjaga dan pihak sekolah membuat semakan keputusan penempatan .
Ibu bapa / penajaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah pada 1 – 30 Ogos.
Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga ke dalam sistem

PPD/
Sekolah Rendah

 

Sekolah Rendah/
Sekolah Menengah

 

 

 

Rayuan Penempatan

Pemohon yang gagal ditempatkan di sekolah yang dipohon boleh membuat rayuan secara online

  • Sistem secara akan membuka akses untuk permohonan rayuan
  • Rayuan perlu di pohon pada jangkamasa yang ditetapkan.
  • Perayu dikehendaki mencetak maklumat permohonan serta senarai semak dokumen yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan rayuan.
  • Pengesahan rayuan dibuat di sekolah yang ditempatkan

 

Pengesahan Rayuan

  • Guru Besar Sekolah yang ditempatkan perlu memanjangkan permohonan  rayuan melalui online
  • Sekolah mengeluarkan perakuan permohonan rayuan penempatan.

Sistem akan mengesan permohonan rayuan

 

Penempatan Rayuan

Jawatankuasa Rayuan Penempatan di PPD/ JPN akan membuat keputusan terhadap rayuan tersebut.
Sistem akan mengesan permohonan rayuan yang tidak diberi keputusan.
Memaklumkan kepada sekolah keputusan rayuan dan senarai penempatan murid rayuan.  Keputusan rayuan juga boleh disemak oleh ibu bapa / penjaga.
Ibu bapa /penjaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah selepas keputusan rayuan diterima.
Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga kedalam sistem

PPD/JPN

Pengesahan Pendaftaran

Sekolah mengesahkan murid yang melapor diri mulai hari pertama persekolahan
Sistem akan mengesan murid yang tidak melapor diri dan menyenaraikan sebagai Murid  Tercicir selepas 14 hari persekolahan.
Sekolah perlu melaksanakan tindak susul terhadap Murid Cicir berasaskan panduan SPI Bil.14/2002.

 

Last Updated (Thursday, 20 September 2012 15:13)

 
Bilangan Pelawat
We have 5 guests online
Waktu Beroperasi

Kaunter JPWPP

Isnin - Khamis
8.00 pg - 1.00 tghari
2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat
8.00pg - 12.45 tghari
2.45 ptg - 5.00 ptg

Statistik EMiS

Bilangan Sekolah

RENDAH

MENENGAH

JUMLAH

13

11

24

 

Bilangan Murid (Enrolmen)

RENDAH

MENENGAH

JUMLAH

L P L P L P
5539
5298
3835
2933
9374
8231
10,837 6,768 17,605

 

Bilangan Guru


L

P

RENDAH

146

622

MENENGAH

113

578

JUMLAH

259

1,200

(Data seperti pada 30 September 2013 EMiS Online)

Dasar Baru KPM

Kalendar
April 2014
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4
Tapisan Kalendar
Aktiviti Terkini
No events
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval