Halaman Utama

SESI PERSEKOLAHAN 2014 BAGI MURID BUKAN WARGANEGARA

Print

PERINGATAN MESRA BUAT PENGETUA / GURU BESAR...

 

Mohon kerjasama semua sekolah untuk mengingatkan semua murid bukan warga negara :

 

Pemegang passport

1.  memperbaharui pas pelajar

2. membayar fee pelajar ; RM 120 (SR) dan RM240 (SM)

 

Mempunyai sijil lahir

1. membayar fee pelajar  : RM120 (SR) dan RM 240 (SM)

 

Murid Tahun 6 naik ke Tingkatan 1 / Peralihan

1.  memohon semula lanjutan bersekolah ke sekolah menengah dengan menggunakan borang warna merah jambu.

 

Makluman :

1. Kelulusan Tahun 1 dan Tingkatan 1 Tahun 2014 dijangka diketahui pada pertengahan Disember 2013.

2. Fee pelajar boleh dibayar di Unit Kewangan PPD Hulu Selangor dengan menggunakan bank deraf / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama " Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor".

 

Pihak sekolah diminta memastikan tiada lagi murid bukan warganegara yang bersekolah tanpa kebenaran pihak JPN Selangor.


 

Selamat Hari Guru 2013

Print

 

PENGEMASKINIAN DATA E-OPERASI

Print

PERHATIAN.....

 

KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAERAH HULU SELANGOR; TUAN-TUAN DIKEHENDAKI UNTUK MENCETAK E-OPERASI SETIAP GURU DI SEKOLAH MASING-MASING.

 

ARAHKAN GURU-GURU MENYEMAK SERTA MENGEMAS KINI DATA MEREKA DI DALAM CETAKAN TERSEBUT DENGAN PEN MERAH. SELEPAS ITU, MINTA TANDATANGAN SEBAGAI BUKTI YANG MEREKA TELAH MENYEMAK DATA TERSEBUT.

 

KEMUDIAN PIHAK TUAN DIKEHENDAKI MENGEMAS KINI GURU-GURU DI BAWAH SELIAAN MASING-MASING BERDASARKAN PEMBETULAN TERSEBUT.

 

SILA SIMPAN CETAKAN E-OPERASI (YANG BERTANDATANGAN GURU)   DALAM FAIL DOKUMEN SOKONGAN.

Last Updated on Monday, 29 April 2013 11:04
 

TINDAKAN SEGERA SEMUA SEKOLAH

Print

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor

Tuan,

PENGEMASKINIAN DATA APDM

1. Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta mengemaskini enrolmen dan maklumat murid sebelum 25 Januari 2013.
2. Maklumat tersebut diperlukan bagi tujuan Pentaksiran SAPS, SPPBS, Pendaftaran UPSR dan bantuan murid.
3. Aplikasi APDM boleh dilayari di alamat berikut:

http://www.sekolahmalaysia.com/


4.Administrator di peringkat sekolah ialah Penolong Kanan HEM.

Harap maklum.

Last Updated on Monday, 29 April 2013 10:34
 

DariNya Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali.....

Print

Pada pagi ini seluruh warga PPDHS dikejutkan dengan berita pemergian  kerahmatullah anakanda sulung kepada Tuan Zainal Abidin bin Mohd. Yusof, Tuan PPD Hulu Selangor.

Kami Seluruh Warga Pendidik dan Staf Sokongan Daerah Hulu Selangor turut bersedih di atas permergian anakanda beliau. Kami mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta para solehin.

Al-Fatehah.....

Last Updated on Tuesday, 20 November 2012 15:04
 

PERMOHONAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR / MELANCONG

Print

Merujuk kepada sesi taklimat bersama

1. Penolong Kanan Sekolah Rendah

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah

3. Penolong Kanan HEM Sekolah Rendah

pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar mematuhi sepenuhnya prosedur permohonan melancong / lawatan sambil belajar terutama dari segi tarikh penghantaran; dalam negeri (3 minggu) dan luar negeri (5 minggu) bagi memudahkan urusan kelulusan.

Borang permohonan permohonan tidak boleh diubah sama sekali dan harus menggunakan Borang Peraturan-Perauran (Pelancongan) Sekolah 1957. Borang ini haruslah bercetak dan bukannya ditulis tangan.

BORANG PERATURAN-PERATURAN (PELANCONGAN) SEKOLAH 1957

Last Updated on Monday, 27 August 2012 12:08
 

Al Fatihah

Print

 Assalamualaikum wbt

Pada pagi ini kita di kejutkan dengan berita pemergian salah seorang kaunselor kita yang bertugas di SMK Bukit Sentosa 2 iaitu Allahyarhamah Faizatun binti Mohd. Shafiee yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini.

Warga pendidik dan warga PPD Hulu Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau, dan didoakan semoga roh allahyarhamah ditempatkan bersama-sama para solehin... Aminnnn.... Al Fatihah....

Last Updated on Friday, 18 May 2012 09:44
 

Selamat Menyambut Hari Guru 2012

Print

Perutusan Hari Guru 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud

1. Perutusan KPPM

Last Updated on Tuesday, 15 May 2012 13:28
 

Instrumen Pemantauan Bimbingan & Kaunseling Tahun 2012

Print

Untuk Perhatian GPK HEM dan Guru Bimbingan & Kaunseling (Rendah & Menengah)

Sila muat turun instrumen pemantauan di bawah.

Instrument Pemantauan

Last Updated on Thursday, 09 February 2012 17:05
 

KERTAS KONSEP DAN PERATURAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK 2012

Print

MAKLUMAN UNTUK GPK KOKURIKULUM SERTA KP BAHASA MELAYU DAN KP BAHASA INGGERIS (REN & MEN)

Sila muat turun bahan di bawah untuk di edarkan ke sekolah tuan.

Terima kasih.

1. Bicara Berirama Ren & Men

2. Program Rendah

3. Program Menengah

4. Bahasa Inggeris Ren & Men

5. Kebudayaan

Last Updated on Friday, 10 February 2012 15:12
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 3

Ditalian sekarang

We have 1 guest online

Email

webmail_my

Sistem Pergerakan Staf

Mutiara Kata

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).

Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).

Jumlah Pengunjung

Payday Loans by Fast Payday


Carian

Pegawai Pelajaran Daerah

 

TN. ZAINAL ABIDIN BIN MOHD. YUSOF

Timbalan

 

EN. JAMALUDDIN BIN ABDUL KADIR

Foto

Aplikasi Online

Semakan penempatan guru sekolah rendah bagi Negeri Selangor

Sistem Pertukaran Guru Antara Negeri Secara Online


Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor, Lot 18,Jalan Rasathurai,Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor,Selangor Darul Ehsan 44000 Malaysia

ppd.huluselangor@moe.gov.my

03-6065 1100

03-6064 1424


Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara ©
PENAFIAN: Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768